Sunday, May 25, 2008

artikel UTUSAN MALAYSIA....

NABELLA Erwani Zainal Abidin (tengah), Nik Erwan Nik Roseli (kiri) dan Khairun Nisa Abdul Rahim (kanan) bersama para model memperagakan rekaan mereka.
oleh: MERAN ABU BAKAR
BANYAK cara untuk menzahirkan pendapat atau pandangan tentang sesuatu isu bukan sekadar melalui kata-kata atau hujung mata pena yang kadang kala boleh diibarat lebih tajam daripada mata pedang.
Bagi insan-insan yang dianugerahkan dengan kreativiti dan imaginasi di luar jangkauan minda biasa, menterjemahkan pandangan mahupun protes mereka melalui ekspresi seni masing-masing.
Justeru sebagai reaksi terhadap isu pemanasan global, seramai 28 pelajar tahun akhir Jabatan Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, telah menyalurkan ‘protes’ mereka melalui rekaan-rekaan fesyen yang dipertontonkan kepada orang ramai dalam peragaan di Pusat Konvensyen dan Resort Intekma, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.
Peragaan yang dinamakan Pertunjukan Fesyen Degri ini merupakan hasil kerja para pelajar ijazah sarjana muda dalam bidang rekaan fesyen yang menghasilkan rekaan mengikut tema utama yang diberi, iaitu ‘Pemanasan Global.’
Setiap pelajar dikehendaki menghasilkan lima rekaan sama ada berkonsep kasual, gaun petang mahupun adi busana di mana pemarkahan akan dimasukan sebagai sebahagian daripada peperiksaan akhir mereka.
Tema utama ‘Pemanasan Global’ dipilih memandangkan dunia hari ini berhadapan dengan isu perubahan iklim yang begitu ketara dan menjejaskan kehidupan manusia. Sudah tiba masanya manusia bertindak balas secara positif bagi menyelamatkan alam sekitar demi masa depan generasi akan datang.
Menurut Ketua Program Jabatan Seni Reka Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Shah Alam, Anas Musavir, tema tersebut dipilih oleh jabatan memandangkan bencana alam yang semakin ‘mengganas’ dan memusnahkan alam.
Melalui fesyen, para pelajar tersebut harus menghasilkan rekaan yang dapat mendidik manusia untuk menyayangi alam dan menjaganya dengan baik.
‘‘Pertunjukan ini banyak melibatkan aspek disiplin dan merupakan cabaran hebat kepada pelajar dalam menyempurnakan pengajian mereka.
“Setiap pelajar harus mengetahui mengenai stail, fabrik, gaya dan tekstur fabrik yang digunakan.
‘‘Daripada pertunjukan fesyen yang telah disaksikan, pencapaian mereka dilihat begitu memberangsangkan,’’ katanya yang ditemui selepas selesai pertunjukan fesyen.
Terpulang katanya, kepada setiap pelajar sama ada mereka mampu menyahut cabaran yang lebih hebat setelah mereka berada di luar dunia pelajar kelak.
Begitu pun beliau berbangga kerana UiTM berjaya melahirkan ramai pereka fesyen terkenal pada masa kini.
Mengenai fesyen-fesyen rekaan pelajar yang dipersembahkan pada pertunjukan tersebut, Anas berkata, pihaknya akan menyimpan koleksi-koleksi yang terbaik bagi memenuhi jemputan mana-mana pihak yang mahukan mereka mengadakan pertunjukan fesyen.
Pada pertunjukan fesyen yang diadili oleh Norazmi Mokhtar, Noraini Shariff, Jimmy Wong dan Jovian Mandagie ini, tiga pelajar telah dipilih mengungguli tiga kategori yang diperkenalkan iaitu Koordinasi Terbaik, Koleksi Terbaik dan Pertunjukan Terbaik.
Koordinasi Terbaik telah dimenangi oleh Khairun Nisa Abdul Rahim dengan temanya The Daring Flame, manakala Nik Erwan Nik Roseli yang tampil dengan tema Earthly Debacle meraih kategori Koleksi Terbaik dan Nabella Erwani Zainal Abidin memenangi kategori Pertunjukan Terbaik dengan memilih tema Melting of Glaciers.
Pertunjukan Fesyen Degri ini telah dirasmikan oleh isteri Naib Canselor UiTM, Datin Seri Zahariah Mohamed.

Saturday, May 24, 2008

UITM DEGREE FASHION SHOW 2008

Ok…. Setelah berpenat lelah, bentungkus lumus…, maka hari yang ditunggu telah pun tiba….. 17 MEI 2008…. UITM DEGREE FASHION SHOW 2008… bertempat di DEWAN BANQUET SERI BESTARI, INTEKMA RESORT, SHAH ALAM…dan i sebagai assistant director, seperti biasa sangat sebuk tak kiralah dalam persediaan, sewaktu majlis berlangsung, ataupun selepas majlis…. Huh…. Penat taw…. So…. Daripada persiapan dewan, ke persiapan model sebelum model melenggokkan diri di atas stage.. i lah yang menguruskannya dibantu oleh krew krew yang lain…. Huhu…. Actually I enjoy the moment that I have while queue the model to the runway! Huhu…. With the background voice of ADLI and ARDI (kembar kew??) huhu… the majlis berjalan lancar…. Im so glad…. And the most memorable moment…. When my beloved senior, NABELLA ERWANI, crowned as the “best show!!” Huhu… sebenarnya salji yang turun dari tangan model BELLA adalah idea i! huhu,…. Dan i rasa macam terbayar penat lelah i menolong BELLA pada malam malam terakhir di bengkel sebelum hari assessment.. and im glad that my beloved senior, NIK ERWAN ROSELI, collectionnya dinobatkan sebagai “best collection!!” and congrats to CAROL NEESA coz collectionnya yang santai dan cantik dinobatkan untuk “best coordination!” huhu. Mereka sangat berbakat…! Hope pada masa I final semester…. I akan jadi seperti mereka… amin… so enjoylah gamba yang I grab dari page NIK ERWAN dan page UTUSAN MALAYSIA....…. Dan after the show….. I memengsankan diri kerana terlalu penat kat umah ZERY ZAMRY!!!! Haha dan pada esok harinya I menjait baju untuk show i! ooops!!!! Close the storyyyy!!! Walla!!!!!




from left... nik erwan dan model, nabella erwani dan model, carol dan model....

wow! ni lah design finale Nik erwan! best collection! congrats!!!!


ni design nabella.... melting glaciers






ni adalah illustration bella yang di buat menggunakan komputer...! meletops!!!

nak wat gak lah final nanti!


ahaks!!

Thursday, May 15, 2008

bila kita direject.... what happennnn?????

huhu....
actually i bukannya apa....
cuma kadang kadang orang tak faham apa yang i nak luahkan....
so keyboard menjadi mangsa keadaan...

berbalik kepada tajuk kita,.... reject....
huh???
bencikan...??
tapi kalau terkena jugak nak wat caner?? kan??
huhu
kadang kadang i rasa i dah puas menunjukkan rasa sayang dan cinta.....,
tapi...., balasannya...? ADO??
huh...
bisa peritnya memang terasa... i pasti u all ada pengalaman ceni... kan??
huhu
i nak menceritakan bukannya apa.... cuma... kengkadang.... hati ni rasa beban..... menanggung segala rasa yang bercampur baur di dalam hati ni,... rasa kecewa, marah, tersinggung.... huh... tak terkira...

"huhu...."
that what we call fake happiness..
hurmmm....

bila i kene reject.... apa i bwat??
termenung, mula rasa sunyi...., huh..., memenatkan taw.
pastu i akan bwat orang ketawa untuk membuatkan i ada semangat untuk menempuh hari mendatang..... jadi badut ketawakan orang untuk mengembirakan hati sendiri...., thats sound so sad.... but i do experienced it!!!!

memangla sedih....., tapi bila kita sedih...., kita perlu pandai mengemirakan hati sendiri.... itu adalah penting untuk masa hadapan....
macam i...., i mengembirakan hati sendiri dengan menggembirakan hati orang lain...., so i dapt siappkan kerja dgn cepat kerana ada semangat....!
wow....,
hasilnya..... subject PATTERN>>> sukses!
suject DESIGN>>> sukses!
subject ILLUSTRATION>>> sukses!
suject EMBROIDERY>>> sukses!

huhu
pandai pandailah kita mencorakkan hidup kita sendiri....
i hanya menulis, u all hanya membaca....,
dan kita yang membuat keputusan...
walla!





Monday, May 12, 2008

trip fashion student ke LANGKAWI

Hello….
Motif kenapakah post langkawi yang basi ini di postkan sekarang???
Huhu...
Ianya kerana.... pada masa itue blog ini blom tercipta lagi....
Dan thanx to KHEME kerana menyumbangkan gambar berharga ini kepada saya...
Huhu
Berlangsung pada bulan februari...., trip ini membawa kami ke pulau mutiara.... ehhhh, pulau lagenda.....LANGKAWI...
Kami berlepas dari shah alam ke jeti kuala perlis lalu menaiki feri ke pulau....
Kami menginap di pantai chenang.... LANGKAWI BUTIQUE RESORT...
Butique???? Saya pun tak tau kenapa ianya dinamakan dengan nama sebegitu... huhu
Meriahlah kat cni...... kami jalan jalan ke tempat perusahaan gamat, makam mahsuri.(saya tak masuk pown...), kereta kabel bukit mat cincang, kuah (shopping dik!) dan juga tempat tempat menarik yang lain... huhu...
So, enjoylah ye the gamba gamba.....!



pemandangan dari atas jeti ke pulau! beranginnnnn!

kheme, saya, nadia ellisya.

thanx to part 4 coz handle trip yang seronoks nih!

nik erwan, saya, nadia

earobik time!!! huhu.... (i depan skali...!)

bersukan beramai ramai di pantai chenang!

drape bju untuk pertandingan apa ntah! huhu

menang no.2!

tarian apa tah???! yang penting saya di depan!

nik, saya, poG, wan, RD, fahmi kat makam mahsuri

pose dik.... pose!

berposing lah saya ngan kheme di depan kedai! huhu

panasssssssss cuaca!!!

geng skinny jeans merah dan biru!

pemandangan dari atas kereta kabel kat bukit mat cincang...(gayat dik!!!)

ni pun sama.... gayat lah! huhu... but kat atas ni berangin! huhu!

k.... tu je gamba yang ada kat i.... huhu.... bubye!


Saturday, May 10, 2008

What have i learn.....

huhu....

ni adalah bukti apa yang i blaja kat uitm slama ni....


baju- baju yang pernah i buat




theme: colours emotion



ni baju i masa part 3 diploma kat uitm perak....

inspiration: mermaid....


ni bju i masa pertandingan ANIMAX FASHION ABILITY...

inspiration: alice in wonderland....


bju i masa part 6 diploma.....

inspiration: phoenix

project traditional costume masa part 4 kat perak



evening dress masa part 5


inpiration: cheong sam

Illustration?? haha.

huhu...
apa motifnya saya mempostkan post ini???
ada orang kata saya tak pandai melukis....!
ok.... ini hasilnya....!
enjoy!

media: poster colour, acrilic

media: water and pencil colour


media: kolaj, graphic marker..

so, apa pendapat anda???

tepuk dada, tanya selera....

kepada bebudak yang tak puas hati, atau nak meniru tapi tak jadi dan 'ado'....., blajalah lagi....

dulu i pown tak pandai melukis..., tapi ngan ajaran dan ketekunan, menjadilah jugak.....


Anugerah Planet Muzik 2008...... dan kontroversinya

K, kepuasan maksimumlah apabila i dapat sponsor bju ELYANA untuk perform di anugerah planet muzik 2008 yang berlangsung kat KLCC (konvensyen centre) 20 april yang lalu....
yela, maklumlah, ini adalah pertama kalinya i menyesponsor artis di awards ceremony.....
bju COLOURS EMOTION yang sebetulnya dibuat untuk subjek PATTERN GARMENTS saya di uitm untuk semester 3 yang belum berakhir disponsor kepada ELYANA.
maka, apabila baju disponsor sebelum accessment, timbullah pelbagai cerita, tohmahan dan dengki mendengki antara pelajar semester saya.....
lalu, perkara dibawa oleh lecturer saya ke mesyuarat besar...! wow! bju kontroversi!
keputusan mesyuarat!!!!!!!!!>>>>
maka, keputusan dibuat oleh ketua program untuk menolak markah saya....! hah!
ado????
berbuihlah mulut saya.....
tapi apakan daya....
tunggu result exam nanti...
takutttttttttttttttt
i tak sempat amek gamba ELYANA...
tetiba, ada kat Gua.com...
enjoy!